Ulama
sebagai pewaris Nabi tentu sekali memiliki akhlak yang baik dan mulia
sama ada tingkah laku peribadinya, pergaulannya dan tuturkatanya.
Ulama sebagai Da'i. Tugas menyebarkan Islam adalah menjadi tanggungjawab seseorang Ulama dalam apa keadaan sekalipun.
Walaupun
keperluan dakwah tertanggung keatas semua umat Islam, namun dibab ini
kita hanya berbicara tentang peranan para ulama dengan ilmunya.
FIRMAN ALLAH S.W.T.
FIRMAN ALLAH S.W.T.
"Dan
jadilah antara kalian ummat yang mereka menyeru kepada kebaikan (Islam)
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan mereka mencegah dari perkara
yang mungkar Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung" (Al-Imran 104)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik" (Al-Imran 110)
"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebagian dari setiap golongan diantara mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya" (At-Taubah 122)

Ulama sebagai pemimpin Rohani Umat
Sebagaimana telah diketahui umum, dan telah nyata dalam bukti bahawa yang dinamakan manusia ialah bukan hanya jasmaninya sahaja tetapi ia terbentuk antara jasmani dan rohani. Bukan zahir sahaja tetapi terbentuk juga batin iaitu badan dan nyawa. Tiada jasmani maka tiada rohani. Disinilah letaknya tugas Ulama agar umat ini memahami serta mengabdikan diri didalam menjalankan kehidupan harian dengan penuh kejujuran, tanggungjawab dan saling menghormati sesama insan.

Ulama sebagai penyibar amanah Allah
Sebagai kewajipan dari Allah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia yang telah membuat persetujuan untuk menyampaikan seruan Islam. Sudah pasti tanggungjawab ini termasuklah Ulama. "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, gunung-ganang semuanya menolak (enggan) untuk memikul amanah itu kerana bimbang akan mengkhianatinya. Dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu teramat zalim dan teramat bodoh" (Al-Ahzab 72)

"Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya
dan apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya berlaku adil.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (An-Nisa 58)
"Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanah yang telah dipertaruhkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya" (Al-Baqarah 283)

"Hai
orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya
dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberi kepercayaan
kepada kamu sedangkan kamu mengetahuinya" (Al-Anfaal 27)
Sabda Rasulullah yang artinya: "Ulama itu adalah para pemegang amanah Allah atas segenap makhluqNya" (HR Al-Qudha'y dan Ibnu 'Asakir dari Anas r.a.)
Ulama sebagai Pembina dan Pembimbing Ummah
Sabda Rasulullah yang artinya: "Janganlah kamu semua duduk semajlis dengan sebarang Ulama, kecuali dengan Ulama yang mengajak dari lima perkara kepada lima perkara: iaitu dari yang ragu kepada keyaqinan, dari riya kepada keikhlasan, dari ketamakan kepada kesederhanaan, daripada takabur kepada rendah diri dan daripada permusuhan kepada kejujuran" (HR. Abu Nu'aim dari Jabir)
"Sesungguhnya Ulama dibumi ini adalah bagaikan bintang-bintang dilangit. Dengan dia umat ditunjukkan jika dalam kegelapan, baik didarat mahupun dilaut" (HR. Al-Ajuri dari Anas r.a.)
Kita lihat betapa sesama Ulama saling berselisihan pendapat. Ada yang melalui jalan yang lurus dan ada pula melalui cabang-cabang mengikut pendapat masing. Sekali lagi kita ingin katakan bahawa syari'at Allah tidak pernah dan tidak akan berselisihan samasekali. Yang berselisih itu ialah manusia atau Ulama itu sendiri dan enggan mengaku kesilapan.

Ulama sebagai Penegak Kebenaran
Untuk
menegak kebenaran pada hari ini adalah sesuatu yang amat sukar diterima
oleh rakyat kerana terdapat perselisihan yang banyak diantara ulama
sesama ulama itu sendiri. Ada sebahagian Ulama yang benar-benar ingin
menegakkan kebenaran dan ada sebahagian Ulama yang terpaksa
mempertahankan kedudukan diri demi menjaga kedudukan pemerintahan.
Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Safie, Imam Ahmad Hambali dan Imam An-Nawawi di tangkap dan dikurung didalam tahanan kerana menolak jawatan didalam pemerintahan kerana gentar dengan ucapan-ucapan dan pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum ini yang akan menjadi penyebab dirinya tergelincir dari landasan dan kebenaran Islam.

Ada
beberapa gulungan Ulama yang berpegang kepada prinsip masing-masing
tertakluk kepada sejauh mana hubungan mereka dengan Allah s.w.t.
Ada Ulama yang menolak langsung sesuatu jawatan didalam pemerintahan dengan alasan tertentu.
Ada Ulama yang memang sedia menerima sesuatu jawatan didalam pemerintahan dan sanggup bermuka-muka.
Ada Ulama yang boleh menerima sesuatu jawatan didalam pemerintahan, tetapi dengan bersyarat.

Didalam perkara ini seseorang Ulama perlu berhati-hati, menyimpan perasaan ragu dan mempunyai sifat penasihat dalaman yang tersendiri.
1. Mereka khuatir kalau-kalau tidak dapat berlaku adil.
2. Mereka khuatir kalau-kalau dengan kuasa yang ada, mereka akan memperolehi harta dan kekayaan dari sumber yang shubhah yang tidak mendapat keredhaan Allah swt.
3. Mereka khuatir kalau-kalau mereka terpaksa atau dipaksa mencari alasan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal demi untuk menegakkan pemerintahan
Sebenarnya keraguan diatas adalah tertakluk kepada diri atau peribadi Ulama itu sendiri. Beliaulah yang lebih mengetahui dan mengenali diri sendiri.

CONTOH ULAMA YANG MIRIP PEWARIS NABI DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH swt.
IMAM
ABU HANIFAH atau nama asalnya Abu Nu'man bin Tsabit bin Zautha bin Mah
yang dilahirkan di Kota Kufah pada tahun 80 Hijrah dari Qaum A'jam.
Sewaktu berusia 50 tahun beliau telah ditangkap dan dipenjara selama
kurang lebih 14 hari oleh Gabenor Iraq Yazid bin 'Amir sebagai Ketua
Daerah Iraq dibawah pemerintahan Khalifah Bani Umayyah ke 14 bernama
Marwan bin Muhammad (M 745 - 750).
Selepas 14 hari beliau dicambuk sebanyak 11 kali sehari selama 10 hari. Kesalahannya hanyalah kerana menolak tawaran sebagai Qadhi (Hakim) oleh Gabenor Kufah.

MALIK, IMAM IBNU ABI DZIB DAN IMAM HANAFI pernah menolak tawaran
sebagai Qadhi dizaman pemerintahan Khalifah Abbasyiah Abu Ja'afar bin
Al-Mansur di Baghdad.
IMAM AS-SYAFIE DAN IMAM HAMBALI juga menolah tawaran sebagai Qadhi kerana beliau lebih senang menjalankan seruan dakwah dengan bebas dan tiada tekanan.
Didalam perkara ibadah, para imam mazhab ini amat teliti kalau-kalau beramal dengan Hadith-hadith yang bertentangan dengan Al-Quran, dhaif dan palsu.

LAYAKKAH (ULAMA) BERIKUT DILETAKKAN SEBAGAI PEWARIS NABI?
Huzaifah
ibnul Yaman pernah bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan Islam
selepas zamannya. Dimana Rasulullah bersabda tentang Penyeru-penyeru
keambang neraka jahanam. Lalu Huzaifah meminta Rasulullah gambarkan
bagaimana orangnya (yang dikatakan penyeru itu). Rasulullah menjawab
yang ertinya: "Mereka itu sekulit dengan kamu dan bercakap sebagaimana lidah kamu". Mengikut pengertian para ulama "sekulit" berarti seagama dan "lidah" berarti bercakap mengenai Islam, Al-Quran dan Hadith.
Tidak hairanlah pada hari ini dimana-mana ada Perhimpunan atau Perjumpaan, ceramah-ceramah dipentas dan dimajlis-majlis sambutan juga lain-lain upacara, mereka akan bercakap tentang Islam dan tidak pernah ketinggalan walaupun dengan sepotong ucapan salam. Dalam keadaan sedar atau tidak ada juga yang berani memperkatakan tentang keburukan saudara-saudara seagama walaupun lidahnya seringkali menyebut kalimah-kalimah Allah masih juga menghina-hina sebahagian yang lain semata-mata untuk menegakkan diri demi mempertahankan kedudukan. Kadangkala seorang Islam itu tidak pernah terlintas bahawa dalam dirinya terselit sifat kemunafikan.

Kebinasaan
rakyat itu adalah akibat dari kerosakan pemerintah dan kerosakan
pemerintah itu akibat dari kerosakan para Ulama yang jahat (Imam Ghazaly dari Al-Ihya)
Sabda Rasulullah yang berarti: "Sejahat-jahat Ulama, ialah yang mencampuri urusan
Pemerintahan" (HR. Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Hadith diatas tidak berdiri dengan sendiri dan memerlukan penjelasan seperti Hadith dibawah ini:
"Akan datang dikemudian hari nanti selepasku, bebarapa Pemerintah yang sering berdusta dan membuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan menolong (membantu) diatas tindakan mereka itu, ia bukanlah termasuk dari kalangan umatku dan bukanlah aku dari gulungannya serta mereka tidak samasekali sampai ke telaga (yang mengalir air dari Syurga" (HR. An-Nasai, At-Turmuzi dari Ka'ab bin U'jrah)
"Ulama
itu pemegang amanah para Rasul, selama ia tidak mencampuri urusan para
penguasa dan tidak pula memasuki keduniaan. Maka apabila mereka (para
Ulama) telah mencampuri kekuasaan penguasa dan memasuki urusan
keduniaan, maka sesungguhnya mereka itu telah mengkhianati para Rasul,
maka hendaklah kamu semua takut (waspada) untuk mendekati mereka" (H.R. Baihaqi, dan Al'Uqaily dari Anasai r.a.)
Diantara
Ulama terdapat juga Ulama yang memberi jawapan dan fatwa kepada
masyarakat dengan keliru. Apa yang sebenarnya "haram" dikatakan "halal"
dan sebaliknya. Kenapa boleh jadi begini? Tidak lain kerana ingin
"mempertahankan kedudukan" jika berjawatan tinggi, kerana menjadi
"Dukun" dan kerana mencari "Pengaruh". Mungkin juga fatwa atau hasil
yang diperolehinya dari sumber "Taqlid" nya dari seseorang yang tidak
benar.
Terdapat banyak juga Amal Ibadah yang menyimpang dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul dari hasil "Taqlid" dari seseorang telah dijadikan atau dicampur-aduk ke dalam Ibadah yang lima (Rukun Islam)
" Mereka menjadikan orang-orang 'alimnya dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan-tuhan selain Allah" (At-Taubah 31)

Terdapat
juga para Ulama yang berbangga dengan dirinya dan merasakan dia sahaja
yang betul (Sifat Fanatisma), langsung tidak mahu menerima pendapat
orang lain atau pendapat Ulama-ulama lain.
"Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami telah menganutinya dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak mereka" (Az-Zukhruf 23)

Diantara Ulama itu ada penyebar fitnah. Bagaimanakah boleh jadi begini? Sabda Rasulullah s.a.w. "Akan
tetapi bagi manusia disuatu masa nanti dimana Islam tidak tinggal
kecuali pada namanya sahaja dan tidak ada yang tinggal daripada kitab
Al-Quran kecuali pada huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid
dibangun dengan megah tetapi sunyi dari petunjuk. Ulama mereka adalah
manusia yang paling jahat dari antara yang ada dibawah langit, dan
mereka (para Ulama) muncul dengan bermacam-macam fitnah dan kembali
kedalam kumpulan mereka" (HR. Imam Al-Baihaqi)
Dikalangan
Ulama terdapat juga Ulama Pengampu. Ulama yang berusaha mendekati
dirinya dengan orang lain. Biasanya dengan pemimpin-pemimpin negara,
orang-orang atasan, penguasa, pemimpin-pemimpin sesuatu jama'ah,
ketua-ketua jabatan, majikan-majikan dan lain-lain pimpinan atasan.
"Kecelakaan adalah bagi ummatku dari kalangan Ulama yang jahat, mereka memperdagangkan ilmu ini, mereka sama menjualnya kepada para Penguasa dimana mereka dengan maksud untuk keuntungan diri mereka sendiri. Semoga Allah tidak memberi keuntungan pada perdagangan mereka itu" (HR. Hakim dalam Tarikhnya dari Anas r.a.)

yang rosak Moralnya: Tidak akan ketinggalan juga Ulama yang sebigini
yang berani mencuri dan menipu dalam keadaan senyap-senyap. Walaupun
berniat baik tetapi ia merupakan harta awam, walaupun muslihat tetapi ia
merupa tipuan. "Bahawasanya
seorang bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. "Ya Rasulullah, siapakan
sejahat-jahat manusia?" Maka Rasulullah s.a.w. menjawab "Ya Allah!
ampunilah dosa-dosa kami, sejahat-jahat manusia itu ialah Ulama, apabila
mereka itu telah rosak akhlaknya" (HR. Ibnu Baththah Al-Akburi dan Ibnu Abdil Barr).
Dari Amer bin 'Auf r.a. berkata "Saya pernah mendengan Rasulullah s.a.w. bersabda. "Sesungguhnya yang saya takuti atas umatku adalah dari tiga perkara. Tergelincirnya orang alim (Ulama) dan dari hawa nafsu yang dituruti, dan dari hukum yang zalim" (HR. Al-Bazaar)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar